Salam Awal Muharram 1433H!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua pembaca setia mahupun yang pertama kalinya singgah di teratak saya Fathuallah.com. Saya doakan semoga anda semua berjaya, kaya dan bahagia. ;)

Alhamdulillah, sedar tak sedar kita sudah tiba di penghujung taqwim Islam yakni 1432H dan menantikan ketibaan tahun baru 1433H.

Syukur tak terhingga pada Allah s.w.t yang telah memberi peluang kepada kita semua untuk sekali lagi menghadapi tahun baru dengan penuh bersemangat dan nekad yang jitu.

Saya ingin kongsikan satu pengalaman hebat berada di dalam tahun 1432H. Tahun ini merupakan satu pengalaman hebat yang mana saya berjaya menghasilkan buku yang dinantikan selama ini iaitu Rahsia Menambat Hati Pelanggan.

Hanya satu sahaja matlamat saya bagi menghasilkan buku ini tidak lain dan tidak bukan untuk memberi pendedahan awal perniagaan kepada semua lapisan umur. Saya amat yakin bahawa buku ini mampu memberi pengalaman baru kepada mereka yang tidak pernah berkecimpung dalam dunia perniagaan amnya dan jualan khasnya.

Mengapa saya katakan menghasilkan buku adalah satu pengalaman istimewa? :P

Bagi mereka yang mempunyai buku sahaja mampu mengalami perasaan ini.

Percayalah, menghasilkan sebuah buku bukan semudah yang disangka. Saya bergelumang dengan penulisan selama dua minggu tanpa menghiraukan dunia luar semata-mata menyiapkan manuskrip buku Rahsia Menambat Hati Pelanggan ini!

Mungkin anda merasakan satu perkara yang mustahil untuk menyiapkan manuskrip dalam masa hanya 2 minggu!

Saya sudah buktikan! ;)

Bayangkan saya mula menandatangani kontrak bersama True Wealth Sdn Bhd di bawah kelolaan Azizi Ali pakar hartanah Malaysia bermula pertengahan bulan Mei 2011 dan manuskrip dihantar pada penghujung Mei 2011. Satu kerja gile yang pernah saya buat sepanjang hidup saya!

Mengapa saya mampu laksanakan projek menulis ini dalam masa yang begitu singkat?

Tidak lain dan tidak bukan kerana Due Date yang dipersetujui bersama. Sasaran saya buku RMHP ini akan dikeluarkan pada Raya Puasa 2011 yakni bulan September 2011. Saya pernah teringat akan pesan Mentor saya yang mana manusia akan bertindak luar biasa jika diberikan satu tempoh masa yang spesifik!

Jadi dengan tenangnya saya memaklumkan pada pihak penerbit yang saya akan menghantar manuskrip penuh pada penghujung Mei 2011. Kontrak disediakan dan rasminya saya menandatanganinya pada 16 Mei 2011 dan perlu menghantar manuskrip pada 30 Mei 2011.

Pulang daripada pejabat True Wealth Sdn Bhd yang terletak di Kelana Jaya, saya masih lagi mampu tersenyum bangga. Bangkit keesokkan harinya daripada tidur, kecut perut bila terkenangkan manuskrip perlu dihantar dalam masa hanya minggu! :D

Habis semua file yang ada dalam laptop saya selongkar. Semua kertas-kertas yang pernah saya karang dulu habis bersepah dicari dan diselak. Bagai nak pecah kepala memikirkan apa yang nak ditulis di dalam manuskrip tu nanti. Allah sahaja yang tahu saat dan ketika itu.

2 minggu hidup saya dikongkong oleh Due Date untuk submit manuskrip!

Saya korbankan masa tidur, saya korbankan masa menonton bolasepak yakni rancangan kegemaran sedari kecil, saya korbankan masa lepak pekena teh tarik dengan kawan-kawan…Azabnya nak siapkan manuskrip.

Dipendekkan cerita 14 hari berlalu, akhirnya saya berjaya menyiapkan manuskrip yang dijanjikan kepada pihak penerbit. Saya emelkan kepada mereka dan akhirnya mereka menerimanya untuk semakan dan editing.

Selepas 2 kali editing dibuat dan akhirnya buku Rahsia Menambat Hati Pelanggan berjaya mendapat kod daripada Perpustakaan Negara Malaysia!

Secara rasminya buku RMHP dikeluarkan pada bulan Oktober 2011. Hanya sebulan lewat dari tarikh yang dijangkakan yakni September 2011. Kira ok la kan? ;)

Alhamdulillah buku RMHP dilancarkan secara rasminya oleh TPM.

Ingatlah, manusia akan bertindak luar biasa jika diletakkan satu tempoh spesifik!

Fast Action Target Hit = FATH

Related Post

Fath - Fast Action Expert
Update Terus Menerusi E-mel
  • Rizal

    hanya 2 minggu yang diperlukan, tentu telah menggunakan kebolehan diri yang maksimum.

    • Mohd Fathuallah Mohd Nawi

      Sehabis maksimum! :) Terima kasih Rizal.

  • http://macam-2.com/ Jali

    Sedang membaca buku anda. Tahniah!

    • Mohd Fathuallah Mohd Nawi

      Terima kasih Jali kerana sudi membelinya dan menjadi sebahagian daripada pembaca RMHP yang hebat!

Halaman

Kategori

Fath di

Hubungi

.