Pelancaran Buku Rahsia Menambat Hati Pelanggan oleh Mohd Fathuallah
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua pembaca setia di teratak Fathuallah.com. Semoga anda semua terus-menerus berjaya, kaya dan bahagia. ![]()
Alhamdulillah, hampir sebulan lebih saya tidak mengemaskini blog saya ini dan hampir berhambuk tanpa sebarang khabar berita daripada saya, ya dak? ![]()
Untuk makluman anda semua, saya agak sibuk sejak kebelakangan ini. Antara kesibukkan yang saya alami adalah saya sedang berusaha gigih untuk memastikan buku keluaran pertama saya iaitu Rahsia Menambat Hati Pelanggan dilancarkan dengan jayanya dan berada dalam koleksi wajib bacaan anda semua. ![]()

Pada mulanya saya agak kekok dan berasa sangat janggal kerana dalam sedar tak sedar saya kini sudah menjadi seorang penulis buku dan mempunyai sebuah buku dalam genggaman. Paling membahagiakan saya adalah buku ini akan memasuki pasaran kedai buku tempatan terpilih tanah air tidak lama lagi. ![]()
Bagi yang ingin mendapatkannya secara tradisional, bolehlah terus ke kedai buku dan mencari buku ini di sana pada kadar RM39.90 sahaja.
Sedikit masa lagi saya akan sediakan satu ruangan khas di website rasmi saya ini untuk memudahkan anda semua membuat pembelian secara online.
Saya amat berterima kasih kepada Tuan Azizi Ali dan semua krew True Wealth Sdn Bhd yang bertungkus-lumus menjayakan usaha untuk menerbitkan buku pertama saya ini. Semoga Allah membalas jasa baik anda semua. ![]()
Semoga kehadiran buku ini dapat memberi sedikit sebanyak sumbangan ke arah perubahan yang lebih baik buat semua terutamanya dalam dunia Sales!
Fast Action Target Hit = FATH


Pingback: Salam Awal Muharram 1433H! – Mohd Fathuallah
Pingback: Kenapa Yang Kaya Terus Kaya dan Yang Berjaya Terus Berjaya? – Mohd Fathuallah
Pingback: 4 Strategi Pemasaran Terkini Perniagaan Yang Mesti Dikuasai! – Mohd Fathuallah