Ada Apa Dengan Tahun 2012 Yang Semua Orang Tak Tahu?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera saya ucapkan kepada semua pembaca setia di teratak Fathuallah.com. Alhamdulillah, semoga anda semua berada dalam minda yang berjaya, kaya dan bahagia. ;)

Semua orang sedang sibuk merancang di manakah sepatutnya mereka menyambut ketibaan tahun 2012 kali ini. Dari kanak-kanak seusia 5 tahun hinggalah ke warga emas lewat 80-an. Masing-masing menghitung hari dan saat untuk menunggu detik tibanya jam 12:00 A.M 1 Januari 2012!

Ada apa dengan tahun 2012 yang semua orang tak tahu? Bunyi seperti sesuatu yang besar bakal berlaku dan terjadi pada tahun 2012 betul tak? ;)

Untuk pengetahuan anda semua, jika kita selidik dan kaji kembali tahun-tahun yang sudah apa yang sebenarnya kita sudah capai? Saya ambil contoh terdekat adalah orang kebanyakkan yakni orang yang biasa-biasa akan menantikan saat detik tibanya sambutan tahun baru dan secara tidak sedar mereka terus memasang azam baru serta semangat yang baru. Maklumlah tahun baru sudah datang. :P

Dengan rasa bangganya mereka memasang impian ingin memiliki kehidupan yang lebih bahagia, kejayaan yang bertimpa-timpa serta kekayaan yang mereka idam-idamkan tanpa perlu bersusah-payah. Mereka sekadar menyebutnya dibibir dan secara keseluruhannya hanyalah bagi menyedapkan hati masing-masing.

Saya amat puji dan kagum dengan impian yang orang kebanyakkan yakni orang biasa-biasa  ingin capai, namun terdapat satu kelemahan yang dapat dikesan sekiranya kita membandingkan bagaimana insan yang hebat memasang impian dan cita-cita mereka. :)

Kelemahan yang paling ketara di sini adalah sifat bertangguh dan menunggu masa yang sesuai. Mengapa kita perlu tunggu saat detiknya 12:00 A.M 1 Januari setiap tahun baru sibuk dan mula memasang impian. Saya ambil contoh ringkas di sini, sekiranya impian tahun ini anda adalah untuk memiliki sebuah rumah dan impian tersebut tercapai seawal bulan Februari, adakah anda ingin menunggu tahun berikutnya untuk memasang impian yang baru?

Sekiranya anda sudah pun berpuas hati dengan memiliki sebuah rumah, sebenarnya anda sudah terjerumus ke lembah zon selesa! Zon selesa adalah zon yang menjadi musuh kepada golongan yang hebat dan berjaya. Mereka amat menitik-beratkan tabiat jangan cepat berpuas-hati. Golongan yang hebat dan berjaya akan beralih dari satu impian ke impian yang lain setelah berjaya mencapainya.

Mereka tidak memasang impian dengan menantikan saat tibanya tahun baru, mereka sentiasa memperbaharui impian dan matlamat mereka hampir setiap hari!

Cuba anda bayangkan jika setiap pagi kita menulis dan membaca impian yang kita ingin capai, hidup anda akan lebih fokus dan terarah. Setiap anggota badan dan fikiran akan bertindak demi menjayakkan impian tersebut. Anda juga akan mula keluar daripada zon selesa dan perasaan takut yang menghantui akan segera pulih dengan melihat impian setiap hari.

Saya tidak menyalahkan anda untuk memasang impian menjelang tahun baru. Lebih baik memasang impian daripada tiada langsung. Alangkah indahnya jika impian tersebut sentiasa berada dalam ingatan kita dan kita ibarat tidak mempunyai masa yang banyak bagi merealisasikannya.

Masa tidak akan pernah menunggu kita dan sentiasa adil kepada sesiapa sahaja dengan peruntukkan 24 jam sehari, 7 hari seminggu dan 365 setahun. Mengapa kita tidak berlaku adil terhadap masa dengan bertanggungjawab mengisinya dengan tindakan dan usaha yang terbaik? :)

Fast Action Target Hit = FATH

Related Post

Fath - Fast Action Expert
Update Terus Menerusi E-mel

Halaman

Kategori

Fath di

Hubungi

.