Tentang Mohd Fathuallah

Tentang Fath

mohd fathuallah, pengerusi eksekutif fath group

Saudara Fathuallah telah memulakan perniagaan sedari usia 9 tahun lagi iaitu pada tahun 1995. Pada ketika itu, perniagaan yang pertama dijalankan adalah dengan menjual kacang dan gula-gula secara kecil-kecilan semasa di bangku sekolah. Semenjak dari itu, beliau tidak lagi menoleh kebelakang dan meneruskan usaha untuk menceburi bidang perniagaan dengan lebih bersungguh-sungguh.

Semasa di peringkat univesiti, beliau meneruskan pengajian di universiti tempatan iaitu Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam dengan mengambil Jurusan Perakaunan. Minat beliau dalam perniagaan tidak pernah luntur dan dengan tekad menubuhkan syarikat yang pertama beliau iaitu MOFAT Enterprise pada tahun 2008. Syarikat yang dijalankan adalah dengan inisiatif beliau sendiri. MOFAT Enterprise lebih menjurus kepada urusan jual beli pakaian yang diimport dari Vietnam, China, Indonesia dan Singapura.

Dengan pengalaman yang sedia ada, beliau meneruskan lagi nekad untuk menjalankan perniagaan yang lebih berdaya saing dan maju. Dengan itu, tertubuhnya syarikat TMG Synergy Sdn. Bhd.. Sekarang beliau fokus untuk mengembangkan legasi FATH GROUP yang lebih tertumpu kepada empayar hartanah.

Pengalaman Bekerja

Walaupun perniagaan menjadi keutamaan saudara Fathuallah, beliau tidak pernah lupa untuk berterusan belajar selok-belok perniagaan dengan memberi ruang kepada dirinya untuk bekerja terlebih dahulu.

Sebaik sahaja berakhirnya peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Kuantan tahun 2003, beliau tidak pernah terfikir untuk menghabiskan waktu menunggu keputusan peperiksaan dengan begitu sahaja. Dengan langkah pertama, beliau dengan beraninya untuk mendalami ilmu perniagaan dengan menjadi salah seorang pekerja di RNZ Batik Collection yang berpangkalan di Kampung Cina, Kota Bharu, Kelantan sebagai tukang cat batik. Pengalaman bekerja di sana amat memberi makna yang mendalam dan membuka minda beliau untuk berusaha dengan lebih keras dalam mencapai apa yang dihajati dalam hidup ini.

Hubungi Fath Untuk Temujanji Sekarang!

Tidak terhenti di situ, saudara Fathuallah meneruskan lagi usaha beliau untuk menimba ilmu perniagaan dengan memasuki bidang yang lebih berat dan mencabar iaitu menjadi seorang kerani merangkap tukang cuci kereta di Fast Link Trading. Beliau sendiri yang mencuci kereta dan juga menguruskan segala urusan kerani di syarikat berkenaan.

Kedua-dua pekerjaan yang dilakukan adalah semasa menunggu keputusan peperiksaan SPM. Setelah keputusan SPM diumumkan, beliau telah berjaya melanjutkan pelajaran ke Kolej Matrikulasi Pulau Pinang (KMPP) pada tahun 2004 dan 2005 dalam bidang perakaunan.

Tamat sahaja belajar di Kolej Matrikulasi Pulau Pinang, sementara menunggu keputusan peperiksaan akhir beliau sekali lagi mengisi masa yang terluang dengan menjadi salah seorang jurujual separuh masa di Courts Mammoth Bhd. Ini adalah pengalaman pertama beliau dalam mengasah bakat menjadi seorang jurujual yang professional.

fath berniaga di tapak konvo uitm

Tidak pernah dalam sejarah Courts Mammoth Bhd. cawangan Kota Bharu, jurujual separuh masa dapat membuat jualan yang bernilai lebih daripada RM50,000. Saudara Fathuallah telah membuktikan beliau telah melakukannya dan bidang jualan adalah salah satu ‘Gifted Skill’ yang menjadi kelebihan beliau dalam dunia perniagaan.

Pengalaman berharga beliau dalam menimba ilmu perniagaan adalah ketika beliau menjalani praktikal keusahawanan kelolaan MEDEC UiTM Shah Alam di salah sebuah kedai buku terkenal di Kota Bharu iaitu Syarikat Jafar Rawas Sdn. Bhd. Semasa berada di sana, banyak pembaharuan dan perubahan yang telah dilakukan oleh beliau. Memandangkan Syarikat Jafar Rawas Sdn. Bhd. adalah sebuah perniagaan yang telah lama menapak di Kelantan, tidak ada perubahan ketara yang dapat dilihat. Dengan ilmu dan idea, saudara Fathuallah telah membuat perubahan dari segi pembinaan jenama syarikat dengan penggunaan kad pekerja, undang-undang dan etika ketika bekerja, sistem penggiliran pekerja dan juga susun atur dalam kedai.

Pekerjaan yang terakhir beliau sebelum terus meneraju MOFAT Enterprise dan TMG Synergy Sdn. Bhd. adalah sebagai juru audit di salah sebuah Firma Audit iaitu Tan & Associates Sdn. Bhd. yang bertempat di Kelana Jaya.

Hubungi Fath Untuk Temujanji Sekarang!

Di sana beliau banyak mempelajari selok-belok penubuhan syarikat dan bagaimana syarikat-syarikat di Malaysia menjalankan perniagaan mereka. Apa yang paling penting, saudara Fathuallah cuba mengkaji bagaimana usahawan-usahawan di Malaysia mampu bertahan dalam dunia perniagaan yang penuh mencabar ini. Selain daripada itu, pengetahuan mengenai pengurusan kewangan syarikat telah beliau pelajari secara tidak langsung dan hal ini banyak membantu beliau dalam membuat keputusan kewangan dalam syarikat yang beliau uruskan sekarang.

Profil Lengkap Mohd Fathuallah

Mohd Fathuallah Mohd Nawi

Nama penuh beliau adalah Mohd Fathuallah Bin Mohd Nawi. Dilahirkan di Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian Kelantan Darul Naim. Beliau merupakan anak ke-5 daripada lima adik-beradik yang terdiri daripada 3 orang abang dan seorang kakak. Dibesarkan oleh kedua ibubapa beliau iaitu Puan Nik Noor Raihan Binti Nik Jaafar dan Encik Mohd Nawi Bin Jaffar.

Menetap di Kampung Chempaka, Panji sedari dulu sehingga kini. Mendapat pendidikan awal di Tadika Kemas Kg. Chempaka tahun 1992. Memulakan pendidikan rendah di Sekolah Kebangsaan Seri Chempaka pada tahun 1993. Penglibatan beliau di zaman persekolahan rendah amat aktif sehingga beliau dilantik selaku Ketua Pengawas. Bakat beliau dalam kepimpinan amat terserlah dan seringkali diberi tanggungjawab untuk memimpin persatuan-persatuan ketika di sekolah. Tahun 1999 merupakan satu titik yang bersejarah kerana beliau tidak mencapai keputusan seperti yang dijangka. Beliau cuma mendapat 3A, 1B dan 1C dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).

Hubungi Fath Untuk Temujanji Sekarang!

Berbekalkan keputusan yang tidak memberangsangkan, beliau nekad untuk meneruskan pengajian di sekolah berasrama harian. Beliau mendapat tawaran untuk melanjutkan pengajian ke Sekolah Menengah Beris Panchor, Tawang Bachok Kelantan Darul Naim. Dek kerana tidak mendapat keputusan yang memberangsangkan ketika peringkat rendah, beliau hanya menumpukan pengajian 100% tanpa memikirkan untuk berkecimpung dalam arena kepimpinan. Sepanjang tiga tahun berada di sana, beliau tidak mempunyai pengalaman kepimpinan dan menjadi seorang pelajar yang hanya mengutamakan pelajaran. Atas kerajinan dan usaha gigih beliau, keputusan Penilaian Menengah Rendah pada tahun 2001 yang beliau perolehi adalah 7A dan 1B.

Beliau meneruskan pengajian ke MRSM Kuantan pada tahun 2002. Seperti di Sekolah Menengah Kebangsaan Beris Panchor, beliau tetap sama dengan menumpukan perhatian pada pelajaran dan langsung tidak melibatkan diri dalam dunia kepimpinan. Keputusan SPM tahun 2003 beliau adalah 7A dan 3B.

Melihat kembali apa yang telah beliau sendiri lalui, langsung tiada pengalaman mahupun kenangan manis semasa di zaman persekolahan menengah. Hanya yang ada adalah keputusan yang boleh dibanggakan tanpa pengalaman yang berharga dapat dikecapi.

Sarjana Muda Perakaunan dengan Kepujian, UiTM Shah Alam

Meneruskan pengajian beliau ke Kolej Matrikulasi Pulau Pinang pada tahun 2004. Menjejakkan kaki di sana beliau telah nekad untuk mengembalikan potensi beliau dalam dunia kepimpinan. Hanya dengan satu pesanan daripada seorang kenalan baru beliau, “Kau boleh jadi seorang pemimpin yang berkaliber” – ujar rakan beliau. Fathuallah sekali lagi mengambil langkah berani untuk mencalonkan diri bertanding dalam pemilihan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) bagi jurusan perakaunan. Beliau mendapat pencalonan kedua tertinggi dan memegang portfolio selaku Biro Kerohanian. Bermula dari saat itu, banyak aktiviti yang telah diikuti dan pengalaman berkomunikasi dengan pelajar dan pihak pengurusan menjadi satu keistimewaan buat beliau.

Kesibukan dalam berpersatuan dan beraktiviti tidak dijadikan alasan untuk mendapat keputusan yang baik dalam pelajaran. Berbekalkan keputusan yang baik di Kolej Matrikulasi Pulau Pinang, beliau dapat meneruskan pengajian ke Universiti Teknologi MARA, UiTM Shah Alam pada tahun 2005 dalam jurusan Sarjana Muda Perakaunan dengan Kepujian. Bidang kepimpinan beliau teruskan dan terserlah apabila sekali lagi dilantik selaku Biro Agama oleh Jawatankuasa Perwakilan Kolej Perindu UiTM Shah Alam walaupun baru sahaja di semester dua pengajian.

Hubungi Fath Untuk Temujanji Sekarang!

Bakat kepimpinan diteruskan lagi dan beliau mendapat kepercayaan untuk memegang jawatan selaku Naib Yang Di-Pertua Jawatankuasa Perwakilan Kolej Perindu UiTM Shah Alam semasa di semester 4 pengajian beliau. Sepanjang berada di UiTM Shah Alam, Fathuallah cukup aktif dan pelbagai aktiviti yang dianjurkan. Antara aktiviti yang dijalankan bukan sahaja pada peringkat universiti, malahan peringkat antarabangsa. Beliau juga merupakan individu yang bertanggungjawab membawa nama baik Kolej Perindu ke peringkat program antarabangsa. Hasil kerjasama yang dibentuk di kalangan perwakilan Kolej Perindu, mereka telah menjayakan program “Journey of Brunei” dan “Discovery of Beijing China”.

MPG Akaun

Semasa di UiTM lagi, Fathuallah telah menubuhkan syarikat pertama beliau iaitu Mofat Enterprise dengan nombor pendaftaran SA 0076868-P. Beliau amat dikenali sebagai seorang usahawan dikalangan kenalan beliau. Perniagaan yang dijalankan adalah menjual pakaian import dari Vietnam, China, Indonesia dan Singapura. Membuat jualan dari bilik ke bilik dan juga “Car Boot Sale”.

Selain itu juga, Fathuallah juga telah menjadikan perniagaan beliau selaku agen kepada rangkaian Celcom Berhad. Menjual broadband dan juga pendaftaran talian postpaid. Membuat jualan di tapak-tapak pendaftaran pelajar baru UiTM dan juga di restoran Hakim Shah Alam. Fathuallah juga pernah menjadi peniaga di tapak jualan konvo UiTM.

Di pengakhiran pengajian beliau sebagai pelajar UiTM Shah Alam, beliau telah dianugerahkan “Top Leadership Award” dikalangan pelajar yang mengambil jurusan perakaunan serta merupakan barisan kepimpinan Kolej Perindu yang mendapat Anugerah Kolej Terbaik UiTM Shah Alam 2007.

Beliau telah dianugerahkan Sijil Sarjana Muda Perakaunan dengan Kepujian, Kelas Kedua Tinggi. Sehingga kini beliau secara 100% menjalankan perniagaan dan menerajui syarikat Mofat Enterprise dan TMG Synergy Sdn. Bhd.

Fath di TV9

Fath bersama Irfan Khairi,Nasi Lemak Kopi O

Hubungi Fath Untuk Temujanji Sekarang!

Fath di Astro Awani

Fath dalam rancangan usahawan astro awani

fath dalam rancangan isu semasa astro awani

 Fath di TvSelangor.com

fath dalam bicara buku tvselangor.com

Hubungi Fath Untuk Temujanji Sekarang!

Pelancaran Buku Rahsia Menambat Hati Pelanggan

Fath dalam usia yang cukup muda sudah berjaya menghasilkan buku berkaitan jualan khasnya dan juga perniagaan amnya. Buku tersebut telah berjaya dirasmikan dalam satu majlis APEC YES yang bertempat di Berjaya Times Hotel & Convention Centre, Oktober 2011.

Dalam majlis yang turut dihadiri oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada ketika itu iaitu YAB Tan Sri Muhyiddin Bin Yassin. Buku yang diberi tajuk Rahsia Menambat Hati Pelanggan ini merangkumi aspek dan teknik jualan yang sebenar dan serba sedikit menyentuh konsep perniagaan.

fath menyerahkan buku kepada tan sri muhyiddin yassin

Buku yang diterbitkan oleh Syarikat True Wealth Sdn Bhd ini telah didaftarkan dengan Perpustakaan Negara Malaysia bernombor siri ISBN 978-967-5428-83-8. Buku ini merangkumi 28 tajuk dan berjaya dipasarkan bermula Ogos 2011.

Menjadi keistimewaan buku ini adalah berjaya diulang cetak kurang daripada dua bulan dari tarikh ianya dipasarkan dan kini mendapat sambutan yang hangat oleh para pembaca seluruh Negara.

Salah satu tujuan beliau menulis adalah untuk berkongsi dengan semua golongan muda akan kelebihan mempunyai kemahiran menjual dan seterusnya menjadikan bidang perniagaan salah satu daripada cabang kerjaya dek kerana peluang pekerjaan kini semakin mengecil. Mengikut jejak langkah mentornya yang menyarankan agar beliau menjadi penulis terlebih dahulu sebelum menjadi seorang speaker dan penceramah yang hebat.

Pesanan mentor beliau jadikan panduan yang amat berguna dan kini beliau sering mendapat jemputan untuk memberikan ceramah berkaitan motivasi dan juga perniagaan.

Pengalaman Sebagai Speaker

Speaker, Penulis, Konsultan Perniagaan Mohd Fathuallah

Hubungi Fath Untuk Temujanji Sekarang!

Tidak dapat disangkal dan dinafikan sama sekali, minat yang mendalam dalam bidang pengucapan umum membawa saudara Fath setapak ke hadapan. Beliau yang sering diberi jolokan Fast Action Expert tidak pernah gentar untuk berucap di hadapan pelbagai lapisan peringkat umur pendengar. Dari peringkat sekolah sehinggalah ke peringkat professional. Hanya satu sahaja matlamat beliau adalah ingin berkongsi dan menambah nilai dalam kehidupan orang lain.

Tidak terhenti di situ sahaja, beliau juga sering dijemput untuk memberikan ceramah terutamanya dalam bidang perniagaan amnya dan jualan khasnya.

Setelah buku Rahsia Menambat Hati Pelanggan berjaya diulang cetak kurang daripada dua bulan mula dipasarkan, lebih ramai pihak yang ingin mengenali beliau dengan lebih dekat. Perkongsian gambar dibawah adalah antara bukti bahawa anak muda ini tidak mengenal erti putus asa dan mempunyai semangat yang membara untuk berkongsi.

Bersama-sama insan hebat dalam dunia pemasaran Internet, Ammar Zahar, Adly Mokhtar, Hasbul Aqill, Gero Azrul, Syam Edymart dan ramai lagi yang turut sama menghadirkan diri dalam siri Micro Talk Money Genius Academy.

Siri Micro Talk Money Genius Academy

Hubungi Fath Untuk Temujanji Sekarang!

Saudara Fath juga tidak ketinggalan dalam berusaha berkongsi dengan ramai pihak akan kepentingan peluang-peluang pelaburan yang ada di Malaysia bagi meningkatkan taraf hidup ekonomi. Beliau juga turut terlibat dalam memberi pendedahan kepada masyarakat umum akan kepentingan pelaburan demi menjamin masa depan mereka.

Fath sedang berinteraksi dengan hadirin

Hubungi Fath Untuk Temujanji Sekarang!

Salah satu aktiviti yang sering dijalankan

Bersesuaian dengan keluaran buku Rahsia Menambat Hati Pelanggan, beliau amat berbesar hati kerana dapat melibatkan diri dan berpeluang untuk memberi ceramah kepada mereka yang secara langsung berurusan dengan para pelanggan. Pihak PruBSN Wangsamaju memberi keyakinan penuh kepada beliau untuk memimpin agen-agen sepenuh masa dan juga separuh masa. Ada antara mereka yang bermula daripada menjadi agen separuh masa dan kini telah 100% berubah dengan menjadi agen sepenuh masa hasil daripada perkongsian Fath dengan mereka.

bersama barisan agen PruBSN Wangsamaju

Hubungi Fath Untuk Temujanji Sekarang!

Saudara Fath tidak ketinggalan untuk berkongsi juga dengan para pelajar yang ingin menjadi insan yang lebih cemerlang bukan sahaja dalam bidang pendidikan bahkan masa depan mereka kelak. Beliau turut diundang menghadiri majlis-majlis ceramah peringkat sekolah untuk menaikkan semangat para pelajar.

Terbukti bahawa Fath bukan hanya menumpukan bidang perniagaan semata-mata, tumpuan beliau juga kepada para pelajar dengan memberi penekanan bahawa pelajaran adalah pemangkin kepada apa jua kejayaan yang ingin dicapai dan dikecapi.

Bersama para pelajar berkongsi tips belajar

Hubungi Fath Untuk Temujanji Sekarang!

Sekalung Penghargaan.

Alhamdulillah, saudara Fath telah buktikan bahawa usia bukan penghalang untuk beliau mencapai apa yang telah dihajati dalam hidup ini. Pada usia 25 tahun beliau telah menghasilkan sebuah buku dan ianya mendapat perhatian ramai sejak mula dicetak dan sehingga kini menjadi bualan ramai.

Jutaan terima kasih kepada yang sudi berurusan dan sekalung penghargaan buat mereka yang telah menjadi nadi kepada kejayaan beliau.

Bermodalkan semangat kental dan nekad yang jitu, beliau seringkali diundang untuk memberi ceramah dan motivasi kepada mereka yang ingin berjaya serta mendapatkan khidmat konsultansi. Antara aspek yang diberi penekanan adalah

  • Motivasi
  • Pemasaran
  • Jualan
  • Penjenamaan
  • Kewangan
  • Pelaburan
  • Bisnes Blueprint dan
  • Modul Program Pembangunan Usahawan.

Hubungi Fath Untuk Temujanji Sekarang!

Sekian, terima kasih.

Fast Action Target Hit = FATH

 

 

Komen ditutup untuk bahagian ini. Terima kasih.

Halaman

Kategori

Fath di