Buku: Rahsia Menambat Hati Pelanggan

Rahsia Menambat Hati Pelanggan
Tempahan Ditutup!
RM45.90 (Semenanjung Malaysia)
RM48.90 (Sabah/Sarawak)
+ Penghantaran PERCUMA +
BONUS Autograf Istimewa Penulis!

Dari Meja Mohd Fathuallah

— Fast Action Expert, Fathuallah.com

Walau sehebat dan sebesar mana pun sesebuah perniagaan itu, jika mereka tidak mempunyai kumpulan yang dinamakan jurujual yang hebat, maka mereka tidak akan mampu bertahan lama dan menguasai pasaran yang amat mencabar hari ini.

Jualan adalah segala-galanya bagi perniagaan. Jika strategi yang diguna pakai adalah salah dan tidak tepat maka dalam laporan kewangan tahunan yang tinggal hanyalah RUGI, RUGI dan selamanya RUGI!

Antara rahsia yang akan didedahkan adalah:

  • Bagaimana hendak bertindak pantas ketika menjual
  • Kesan reputasi terhadap jualan
  • Mengenal pasti kenalan yang membantu menaikkan anda dan yang sebaliknya
  • Bagaimana hendak menjual idea
  • Cara-cara menyakinkan pelanggan
  • Tip menjual semudah ABC
  • Rahsia menjadi seorang jurujual yang hebat!
  • Pemasaran: Perlu ataupun menyusahkan?
  • dan banyak lagi...

Saya akan dedahkan rahsia bagaimana anda juga mampu untuk menambat hati para pelanggan, supaya mereka terus menjadi pelanggan setia dan seumur hidup anda! Terus-menerus menjana UNTUNG, UNTUNG dan selamanya UNTUNG!

Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan buku "Rahsia Menambat Hati Pelanggan Ini!"

"Saudara Fath merupakan seorang anak didik saya dalam dunia perniagaan. Beliau mempunyai potensi yang jarang ada pada anak muda yang lain. Buku ini adalah buktinya! Tahniah atas kesanggupan beliau untuk berkongsi ilmu dan pengalaman dengan semua untuk menjadi seorang yang luar biasa hebatnya!" - Dato' Dr. Azman Ching, Jutawan MLM
"Buku yang ditulis dalam bahasa yang cukup mudah dan senang difahami. Perkara paling istimewa yang terkandung dalam buku ini adalah nasihat untuk kita lebih banyak bertindak. Semoga lebih banyak penulisan sebegini akan berada dalam genggaman pembaca." - Nizal Mohammad, Pengacara Bebas, Aktivis Masyarakat & Perunding Media Komunikasi
"Pada mulanya saya menjangkakan buku ini seperti buku-buku yang sedia ada di pasaran, namun setelah mengamatinya, ternyata ianya lain daripada yang lain. Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkannya!" - Gero Azrul, Presiden Persatuan Usahawan Internet Malaysia (PUIM)
"Saya cukup teruja apabila berpeluang untuk membaca hasil karangan saudara Fathuallah ini yang mendedahkan rahsia bagaimana beliau mampu membuat jualan pada usia yang cukup muda. Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada beliau kerana mengambil langkah hebat untuk berkongsi dengan orang ramai." - Dato' Rusly Abdullah (Chef Li), Penulis Bestseller Menjejaki Jutawan Senyap

Sedutan Review Bab: Rahsia Menambat Hati Pelanggan

Dalam BAB PERTAMA, beliau kongsikan kepada anda bagaimana jenis dan karakter kawan dan rakan mempengaruhi minda, pemikiran, tindak tanduk dan malah cara anda menguruskan kehidupan seharian dan kerjaya anda. Beliau kongsikan bagaimana beliau sentiasa mencari peluang untuk menghadiri program-program yang dianjurkan oleh pihak swasta dan ianya dilakukan sejak beliau masih bergelar seorang mahasiswa lagi.

Beliau mencari program yang berbentuk pembangunan diri di internet setiap hari dan akhirnya beliau menemui satu kumpulan yang mengumpulkan semua ketua pegawai eksekutif atau CEO di seluruh Malaysia dimana mereka dedahkan rahsia kejayaan mencapai status tertinggi dalam sesebuah syarikat korporat. Pengalaman, kepakaran dan amalan dipraktikkan oleh CEO-CEO syarikat berkenaan telah mempengaruhi dan memberikan kesan hebat dalam diri beliau selepas beliau mendapat peluang mendapat ilmu hanya sejam daripada semua CEO berkenaan.

Dalam BAB KEDUA pula, beliau kongsikan kepada anda bagaimana kejayaan dan kualiti sesebuah aktiviti, program, projek atau rancangan dapat ditingkatkan dan diraih dengan pantas jika bergerak dalam pasukan. Anda tidak mampu mencapainya sendirian tanpa bantuan rakan-rakan dan sumber-sumber terbaik dalam meningkatkan mutu dan kualiti sesebuah program atau rancangan yang anda rancangkan selama ini.

Apa yang menariknya beliau kongsikan pengalaman beliau ketika beliau masih bergelar pelajar universiti dimana beliau telah menubuhkan satu pasukan khas bagi menguruskan program berkenaan. Beliau tubuhkan Ahli Jawatankuasa Program (AJK), bermula selaku Pengarah Program sehinggalah ke AJK Tugas-Tugas Khas dan tempoh yang diberikan adalah sebulan atau 30 hari sebelum program itu dilancarkan.

Beliau berikan tugas-tugas yang spesifik kepada semua ahli jawatankuasa berkenaan dan beliau memantau mereka setiap masa secara keseluruhan. Beliau berjaya berjumpa dan mengadakan pertemuan sebanyak LIMA kali dan semua ahli jawatankuasa diberikan kelonggaran dan kebebasan supaya mereka dapat bekerja mengikut kreativiti masing-masing.

Akhirnya, program yang dijalankan oleh beliau dan rakan sepasukan telah menerima pujian dan tepukan gemuruh daripada rakan-rakan dan pengurusan tertinggi universiti. Beliau juga mengadakan satu sesi jamuan ringan bagi menghargai usaha mereka selepas berhempas pulas menyediakan dan mengadakan program berkenaan.

Begitu juga dengan bidang perniagaan.Ianya sama juga keadaannya jika mempunyai pasukan yang terbaik, komited dan seterusnya menghasilkan output yang hebat dan cemerlang!

BAB KELAPAN Rahsia Menambat Hati Pelanggan pula dedahkan kepada anda mengenali rakan dan kenalan yang pakar dan berpengalaman dalam sesuatu bidang yang anda ceburi. Beliau kongsikan bagaimana beliau bersusah payah mencari rakan dan kenalan yang mempunyai kepakaran dan pengalaman yang sama dengan bidang yang saudara Mohd Fathuallah dalami. Penantian beliau berakhir selepas beliau menerima satu panggilan telefon daripada pakar yang dicari-cari selama ini.

Beliau tekankan bahawa siapa yang anda kenal seringkali melangkaui apa yang anda tahu.

BAB KELIMABELAS pula Saudara Mohd Fathuallah kongsikan kenapa, kelebihan dan kepentingan kemahiran mendengar dan mendahulukan impian dan juga menyelesaikan masalah pelanggan terlebih dahulu dalam sesebuah perniagaan.

Tahukah anda bahawa untuk menjadi jurujual yang hebat, anda perlu memiliki kemahiran mendengar kerana setiap pelanggan memiliki impian dan masalah yang berbeza. Anda perlu mendengar masalah dan impian mereka supaya anda berusaha untuk menyelesaikan masalah dan memenuhi impian mereka. Saudara Mohd Fathuallah tekankan dalam bab ini jika anda abaikan kemahiran mendengar ini, kebarangkaliannya anda tidak akan mampu menjadi seorang usahawan ataupun jurujual yang hebat di antara yang terbaik.

Seterusnya dalam BAB KESEMBILANBELAS, anda bakal pelajari bagaimana, kenapa dan kepentingan tindakan susulan terhadap pelanggan anda berdasarkan pengalaman beliau sendiri yang pernah dilalui.

Pelanggan adalah aset yang sangat berharga bagi sesebuah perniagaan. Menjaga pelanggan umpamanya melayan Raja dan layanan mestilah bertaraf kelas pertama. Maka, tindakan susulan adalah amat penting dan sepatutnya dilakukan oleh semua usahawan dan jurujual yang menawarkan produk dan servis kepada orang ramai.

Apa yang menjadi intipati utama dalam bab ini adalah tidak ada perkara yang lebih menggembirakan para pelanggan selain daripada menerima perkhidmatan dan kualiti produk yang tinggi dan terbaik.

Terbitan True Wealth

Halaman

Kategori

Fath di