How To Brand Your Business?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua pembaca rasmi di teratak Fathuallah.com. Moga anda semua sentiasa dalam keadaan sihat dan berbahagia. ;)

now everyone can fly

 

Kunci Utama Perniagaan

Baiklah, entry kali ini amat mencabar dan Fath akan jelaskan satu Real Case Study yang dapat dijadikan pedoman kepada semua businessman di luar sana. Mesti dah tak sabarkan nak tahu. :)

Dalam dunia business hari ini, cabaran yang mendatang dari hari ke hari membuatkan banyak syarikat yang terpaksa gulung tikar. Bukan atas sebab produk mereka tak Power, akan tetapi salah satu faktor yang menjadi kunci utama business seringkali diabaikan dan tidak diendahkan dengan begitu teliti.

Apakah faktor yang Fath maksudkan dalam perenggan di atas itu tadi?

Faktor yang terbesar dan sebenar-benarnya mengapa banyak syarikat terpaksa gulung tikar adalah kesalahan dalam teknik pemasaran atau dalam bahasa rasminya Marketing!

Marketing Is Powerful!

Dunia hari ini memerlukan lebih ramai genius dalam teknik pemasaran. Walau sehebat manapun produk anda, tanpa teknik Marketing yang terbaik nescaya produk anda tidak akan dapat bertahan untuk satu tempoh yang lama dalam persaingan.

Walau sehebat manapun produk anda, tanpa teknik Marketing yang terbaik nescaya produk anda tidak akan dapat bertahan untuk satu tempoh yang lama dalam persaingan.

Fath ambil contoh ringkas dan berada paling hampir dengan kita semua hari ini. Fath yakin dan percaya hampir semua yang baca entry Fath ini mengetahui syarikat yang bernama AirAsia.com. Bahkan bukan sahaja setakat tahu malahan ada yang pernah menggunakan perkhidmatan yang disediakan. Fath pun dah berkali-kali menaikinya, ke Brunei dan juga ke Kelantan. ;)

Mengapa AirAsia.com dapat menandingi syarikat gergasi yang sedia ada seperti MAS? Agak-agaklah, apakah resipi ataupun tonik yang telah digunakan oleh Tony Fernandes?

Jika dahulu, untuk menaiki sebuah kapal terbang hanyalah golongan-golongan bangsawan sahaja yang mampu. Tapi kini apa sudah jadi? Hari-hari ada orang menaiki kapal terbang kan!

Now Everyone Can . . . ?

Tony Fernandes dengan bangganya mengistiharkan NOW EVERYONE CAN FLY! Empat perkataan ini sudah cukup menggambarkan secara keseluruhan perkhidmatan yang diberikan oleh AirAsia.com. Fath yakin dan pasti, bila sebut sahaja NOW EVERYONE CAN FLY anda sudah terbayang AirAsia.com. Betul tak?

Inilah yang digelarkan sebagai Unique Selling Proposition (USP) atau dalam bahasa biasa-biasanya adalah Tag Line ataupun Trademark. Marketing menggunakan USP ini amat-amat berkesan dan menyerap ke dasar serta lubuk minda seseorang. Anda tak akan ingat yang lain dah, asyik terbayang AirAsia.com sahaja. Mereka telah melakukan satu teknik Marketing yang paling mantap dan berjaya!

Marketing menggunakan USP ini amat-amat berkesan dan menyerap ke dasar serta lubuk minda seseorang

Mengapa Perlu Ada USP?

Jika anda masih belum ada USP seperti yang telah digunakan oleh AirAsia.com, anda bolehlah cuba selidiki apakah perkataan yang terbaik dan ringkas serta padat untuk memudahkan orang ramai meningati produk ataupun servis yang anda berikan.

Bagi Fath, alhamdulillah setakat ini sudah sebati dengan ramai orang kerana di Money Genius Academy, Wealth Begins Here! Sebut sahaja Wealth Begins Here, orang akan ingat Money Genius Academy! Dan sebut sahaja Fast Action Target Hit, orang akan ingat FATH! ;)

Semoga anda semua membiasakan diri dengan Marketing kerana itu adalah nadi utama sesebuah perniagaan. Untuk penghabisan, apakah USP anda semua tidak kiralah dari sudut business ataupun individu? Jom share di bawah. ;)

Fast Action Target Hit = FATH

Mohd Fathuallah
Tags: , , , , , , , , , , ,

Komentar:

Halaman

Kategori

Fath di