Borong @ Dropship – Pilihan Tepat Jika Tiada Modal Berniaga

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua pembaca setia di teratak Fathuallah.com. Doa saya semoga anda semua berjaya, kaya dan bahagia selalu. ;)

Alhamdulillah, kita sudah pun memasuki bulan Rejab 1432H. Tinggal lagi kurang 2 bulan untuk kita memasuki bulan Ramadhan. Bulan Ramadhan adalah zon di mana para usahawan akan memaksimakan sebaik mungkin untuk beramal ibadat dan dalam masa yang sama seimbangkan dengan perniagaan.

Mengapa saya katakan bulan Ramadhan adalah satu tempoh yang cukup istimewa? Jika masih lagi belum ikuti kisah rakan saya yang berniaga hanya di bulan Ramadhan, boleh ikutinya di sini.

Sebelum kita menjurus kepada berniaga di bulan Ramadhan, ramai yang tertanya-tanya bagaimana nak berniaga jika modal adalah terhad ataupun langsung tiada?

Saya di awal pembabitan untuk berniaga juga menghadapi persoalan dan masalah yang sama. Nak tahu tak? Perniagaan yang saya mulakan semasa peringkat awal pengajian di UiTM Shah Alam adalah menjual tudung. Tak percaya? Betul lah dan cerita ini adalah benar dan ini adalah kali pertama saya bongkarkan dengan anda semua. :P

saudagar tudung uitm shah alam ;)

Pada mulanya saya sekadar ingin mencubanya sahaja. Maklumlah, amat jaranglah orang yang menjual tudung ni orang lelaki, ya dak? Biasanya yang anda(kaum hawa) jumpa mereka yang menjualnya adalah kaum hawa. ;)

Produk sudah pun dipilih, tapi modalnya tiada. Saya mula mencari jalan bagaimana untuk mengatasi masalah yang dihadapi dan sepanjang pengalaman saya masalah ini akan dihadapi hampir 90% bagi mereka yang ingin memulakan sesebuah perniagaan.

Saya berkongsi idea saya ini dengan salah seorang kenalan di UiTM, kebetulan latar belakang keluarga beliau menjalankan perniagaan menjual tudung di Kelantan. Atas dasar kepercayaan, kami memulakan pernigaan secara perkongsian pertama dengan menjadikan keluarga beliau sebagai pembekal utama tudung kepada kami dan kami mengambilnya pada harga borong.

Istilah yang biasa diguna pakai adalah Consignment. Kami akan mengambil stoknya terlebih dahulu dan akan membayar balik setelah ada yang terjual. Adakah saya mengeluarkan modal untuk memulakan perniagaan tudung? Masalah saya berkenaan modal sudah pun selesai. Kini apa yang perlu saya lakukan adalah Promosi, Promosi dan Promosi!

Alhamdulillah, sepanjang saya menjalankan perniagaan tudung ini bukan hanya student yang beli bahkan kepada staff UiTM pun saya jual. Bila mana sudah mengenal pasti regular customer, kami mula membuat jualan dengan menunjukkan sample sahaja ataupun lebih dikenali kini sebagai Dropship dan mengambil tempahan berbanding pada awalnya dengan menggunakan konsep Cash on Delivery (COD) yakni membawa stok yang banyak ke mana sahaja.

Sampai satu ketika ramai siswi yang ingin mendaftar untuk menjadi sebahagian agen kepada jualan tudung kami. Popular jugaklah saya sebab jadi tokey supply tudung. ;)

Menarik berniaga menjual tudung ni. Saya cukup kagum dengan kesungguhan yang ditunjukkan oleh mereka yang menjadikan tudung sebagai perniagaan utama mereka. Mengapa saya dah tak jual tudung? ;)

Kelemahan utama jika kita mengutamakan jualan secara borong adalah lebihan stok!

Bila kita membelinya secara borong walaupun pada harga yang amat murah, kita akan menghadapi situasi lebihan ataupun lambakan stok. Perlu diingat, menjual tudung perlu dijalankan dengan aggresif kerana kadar perubahan fesyen dan trend begitu pantas. Pernah satu ketika saya menjual tudung Angkasawan, tudung Siti dan macam-macam lagi. Bila timbul tudung Yuna, tudung Siti dan Angkasawan sudah tidak lagi diminati.

Apa yang perlu dibuat? Saya terpaksa jual dengan harga modal untuk menghabiskan stok-stok yang ada. Dalam berniaga, Cashflow amat-amatlah penting. Jika kita tidak menitik-beratkan soal cashflow, nescaya kita akan menghadapi masalah besar untuk berkembang lebih jauh. Macam-mana dengan Dropship?

Sample awal yang kita tunjukkan pada pembeli mula-mula mereka setuju, akan tetapi setelah sampai di tangan mereka masalah warna menjadi persoalan. Saya yakin dan pasti, bagi kaum hawa warna hijau daun pisang sekali pun ada kategorinya tersendiri. Walaupun perbezaan amat sedikit bagi mata kaum adam, namun ia adalah satu perbezaan ketara bagi mereka.

Timbul masalah pembeli ingin pulangkan tudung dan ingin meminta kembali duit mereka. Tapi jumlah ini tidak begitu ketara dan masih lagi dalam kawalan.

Setelah diteliti, saya lebih selesa menjual pakaian sukan lelaki yang di import dari Indonesia, Vietnam dan China. Amat mudah dan senang untuk dijual. Kena size dan corak serta warna, confirm sold! Saya tetap mengamalkan konsep yang sama iaitu borong dan juga Dropship. Saya pernah menjualnya secara Cat Boot Sale di hadapan Masjid Subang sebelum dan selepas Solat Jumaat. Itulah pengalaman berharga yang pernah dilalui. :)

Jadi jika anda masih lagi merungut tiada modal untuk memulakan perniagaan, saya sudah berikan cara penyelesaian yang boleh diambil dan bersempena kehadiran bulan Ramadhan ini, rebutlah peluang untuk melipat-gandakan pahala dan juga keuntungan berniaga. :)

Fast Action Target Hit = FATH

Related Post

Fath - Fast Action Expert
Update Terus Menerusi E-mel
  • http://harfiz-bizstudent.blogspot.com/ Harfiz

    Nice info :)

    • Mohd Fathuallah Mohd Nawi

      Thanks Harfiz! Really appreciate that.

  • http://www.hadirofiee.com Hadi Rofiee

    Salam sejahtera saudara fathuallah.

    Terima kasih kerana inspirasi ini. Kini saya sedar akan Consignment itu.

    Izinkan saya bertanya di sini berkenaan dengan menjalankan perniagaan di internet, jika diberi pilihan antara affiliate dan dropship, yang mana satukah yang akan menjadi pilihan tuan dan mengapa?

    Semoga soalan ini tidak mengganggu tuan. :-)

    Terima kasih banyak-banyak untuk pengajaran yang akan dikongsikan. ;-)

    • Mohd Fathuallah Mohd Nawi

      Wslm Hadi Rofiee.

      Pilihan terletak kepada matlamat kita yang jelas. Jika kita selesa membuat promosi produk-produk digital seperti ebook, Affiliate menjadi pilihan tepat. Manakala jika kita selesa bercerita berkenaan produk fizikal, Dropship amat bersesuaian dengan kita.

      Semuanya terletak kepada teknik promosi yang akan kita laksanakan. Affiliate mahupun Dropship hanyalah medium untuk kita berniaga. Tanpa promosi yang berkesan, hebat macam-mana pun produk itu tetap tidak akan membuahkan sebarang jualan.

      • http://www.hadirofiee.com Hadi Rofiee

        Terima kasih banyak-banyak kerana perkongsian ini. ;-)

        • Mohd Fathuallah Mohd Nawi

          Sama-sama Hadi Rofiee.

  • http://www.facebook.com/sitifaridah.mohdyusof Siti Faridah Mohd Yusof

    Asalamuaikum…saya dr kajang saya nak bertanya bagaimana langkah-langkah untuk saya mulakan perniagaan dalam dropship??

    • Mohd Fathuallah Mohd Nawi

      Wslm Siti Faridah.

      Langkah pertama sekali yang saya sarankan adalah dengan memilih produk yang kita tahu akan kegunaan serta kelebihannya. Jika kita abaikan maklumat asas produk, kita akan menghadapi kesukaran untuk menguruskan persoalan lazim daripada bakal pelanggan.

      Sebagai contoh jika kita memilih kain batik, pastikan kita tahu apakah material batik yang digunakan, ketahanan batik tersebut, size normal batik untuk lelaki mahupun wanita, corak batik yang sesuai bagi mana-mana majlis, perbezaan batik asli dan tiruan dan sebagainya.

      Jika kita mahir dalam perkara asas ini, kita akan dianggap seorang yang pakar dalam kain batik dan para pelanggan akan lebih selesa membeli daripada kita dan mula mensyorkan kepada kenalan mereka akan servis yang kita berikan.

  • Khaireyz_87

    Salam Tuan,

    Boleh saudara cerite sket tips bagaimana utk mencari pembekal yg baik setelah mengenal pasti produk yg ingin dijual?

    regards,
    khair
    http://DuitSenyap.com

    • Mohd Fathuallah Mohd Nawi

      Wslm Khaireyz,

      Tips yang saya sarankan sekiranya saya berada di tempat Khaireyz adalah;

      #1. Survey Harga Pasaran Pembekal
      Lakukan sebanyak mungkin perbandingan harga sehingga Khaireyz benar-benar bertemu dengan pembekal yang menawarkan harga paling rendah. Keutamaan adalah memaksimakan keuntungan, jadi pilih lah harga yang terbaik!

      #2. Bina Hubungan Yang Baik Dengan Pembekal
      Setelah bertemu dengan pembekal yang baik, mula bina networking dengan berkesan. Sebagai contoh, sekiranya Khaireyz berasal dari Terengganu apa kata kirimkan keropok lekor kepada pembekal sebagai tanda terima kasih. Mana tahu, lepas ni pembekal dengan rela ingin memberi KREDIT barangan mereka.

      #3. Promosi Promosi dan Promosi
      Jangan pernah serik untuk mempromosikan produk yang sudah berada dalam genggaman. Tanpa promosi, Khaireyz akan mengalami lambakan stok yang banyak dan kekurangan CASH. Lakukan promosi yang berhemah sekiranya ingin mempromosikan di laman social.

      Moga bermanfaat buat Khaireyz. Terima kasih.

  • Pingback: 3 Cara Buat Duit Yang Tak Menggunakan Duit – Mohd Fathuallah

  • Shuraiyaa

    kalau kta terus buat perniagaan dropship buleh tak?

Halaman

Kategori

Fath di

Hubungi

.