4 Strategi Pemasaran Terkini Perniagaan Yang Mesti Dikuasai!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua pembaca setia di teratak Fathuallah.com. Saya doakan semoga anda semua berada dalam keadaan minda yang berjaya, kaya dan bahagia. ;)

Di kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1433H!

Alhamdulillah, kita semua masih lagi diberi peluang dan ruang untuk terus memperkaya ilmu dan pengalaman menerusi pelbagai kaedah dan cara.

Insyaallah, kali ini saya akan kongsikan serba-sedikit strategi pemasaran terkini untuk anda semua kembangkan lagi perniagaan anda ke tahap yang lebih tinggi dan hebat! Mungkin ada di kalangan anda menemui jalan buntu untuk membawa masa depan perniagaan anda lebih jauh dan berdaya-saing.

Jika anda mempunyai simptom-simpton seperti di atas, artikel kali ini mungkin membantu anda merungkaikan permasalahan yang anda hadapi. :)

Baiklah, saya akan jelaskan satu-persatu strategi yang boleh diguna-pakai untuk mengembangkan lagi perniagaan dengan lebih meluas dan berkualiti tinggi. ;)

Strategi #1. Luaskan Networking Bidang Yang Berlainan

Dalam dunia pemasaran hari ini, anda tidak lagi hanya bergantung kepada siapa yang anda kenal akan tetapi anda perlu ambil berat akan siapa yang mengenali perniagaan anda.

Jika sebelum ini anda hanya mempunyai kenalan dari bidang yang anda ceburi dan minat sahaja, sebagai contoh anda berada dalam industri perlindungan takaful. Apa kata kali ini anda luaskan networking kepada bidang makanan misalannya.

Maksud saya adalah, bukan anda perlu menguasai bidang makanan sebagai satu peluang perniagaan yang baru.

Anda mesti fokus kepada perniagaan sedia ada. Cuma di sini, apabila anda mempunyai networking yang berlainan bidang bermakna kadar persaingan akan berkurangan dan anda akan saling melengkapi antara satu sama lain.

Pengusaha makanan juga perlukan khidmat perlindungan takaful bukan sahaja bagi diri mereka, malahan untuk keluarga dan juga para pekerja mereka. Anda juga perlukan makanan untuk meneruskan kelangsungan hidup sebagai keperluan asas. :)

Jadi wujudlah satu situasi win-win antara anda berdua. Mungkin hari ini mereka tidak perlukan khidmat perlindungan takaful daripada anda. Barang diingat, mereka akan mencadangkan kenalan mereka untuk mendapatkan perkhidmatan daripada anda kelak.

Strategi #2. Tulis Sebuah Buku Sahaja!

Untuk menulis sebuah buku akan mengambil masa sekurang-kurangnya 500 jam. Jika sehari anda menulis secara purata 8 jam, ini bermakna anda perlukan sekurang-kurangnya 2 bulan untuk menyiapkan sebuah buku. Bunyinya seakan-akan berat ya dak? :P

Usah hiraukan akan keperitan menyiapkan sebuah buku, fikirkan apa yang akan terjadi sekiranya anda berjaya menghasilkan sebuah buku!

Kaedah ini amat jarang dilakukan kerana ianya satu perkara yang rumit dan membosankan. Namun, percayalah bahawasanya apabila sebuah buku siap ditulis dan diterbitkan maka anda telah meninggalkan pesaing anda 500 jam di hadapan!

Kredibiliti yang bakal anda perolehi setelah berjaya menghasilkan buku ini akan menaikkan lagi nama anda berbanding pesaing-pesaing terdekat anda.

Pelanggan hanya akan membeli daripada mereka yang boleh dipercayai dan terus-menerus membeli jika mereka telah yakin akan nama baik perniagaan tersebut.

Jangan buang masa, menulislah dari sekarang! Tulis hanya sekali dan buat duit berkali-kali. ;)

Strategi #3. Dapatkan Khidmat Nasihat Pakar

Salah satu perkara yang jarang dititik-beratkan oleh ramai usahawan adalah amat berkira-kira untuk mendapatkan khidmat nasihat pakar. :P

Hanya ada dua sahaja situasi yang akan dihadapi samada kos untuk mendapatkan khidmat nasihat ini dilabelkan sebagai belanja atau pun pelaburan.

Jika ianya dianggap sebagai belanja, bermakna anda tidak bersedia untuk kembangkan lagi perniagaan anda ke tahap yang lebih tinggi. Sekiranya anda menganggapnya sebagai satu pelaburan, ini bermakna anda sudah bersedia untuk kembangkan perniagaan anda bagi jangka masa panjang.

Sebagai contoh, sekiranya anda lemah dalam urusan kewangan, dapatkan khidmat nasihat daripada pakar kewangan yang menyediakan khidmat nasihat bagi perniagaan mahupun peribadi. Jika anda ingin menguruskan perihal kewangan dan juga pernigaan secara keseluruhannya, anda terpaksa melakukan dua tugas dalam satu masa.

Apa kata kali ini serahkan tugas menguruskan kewangan kepada mereka yang pakar dan anda kini mempunyai lebih masa untuk melaksanakan Strategi #1 dan Strategi #2 di atas. ;)

Strategi #4. Media Sosial Medium Branding

Strategi yang terakhir ingin saya kongsikan kali ini adalah memaksimakan penggunaan medium media sosial.

Saya yakin dan pasti hampir 50% pengguna Internet hari ini melayarinya hanya daripada Smart Phone sahaja. Jika keadaan ini berterusan, tidak mustahil satu masa nanti 100% pengguna akan menggunakan Internet di mana-mana sahaja, pada bila-bila masa hatta sedang menunggu giliran membuat tempahan makanan segera di McDonald’s! ;)

Sekiranya anda melepaskan peluang keemasan ini, bermakna anda sudah ketinggalan jauh terkebelakang daripada para pesaing anda yang aktif menggunakan medium ini.

Bayangkan hari ini, hampir apa jua perniagaan yang dijalankan pasti 99.99% daripadanya menggunakan medium pemasaran Facebook mahupun Twitter.

Jika anda belum lagi menggunakan medium ini, cepat-cepatlah berbuat demikian sebelum potongan kek targeted market anda semakin mengecil! :P

Sekurang-kurangnya anda mempunyai Fan Pages untuk memudahkan bakal pelanggan anda membuat rujukan sebelum bersedia menjadi pelanggan anda seumur hidup.

Fast Action Target Hit = FATH

Related Post

Mohd Fathuallah
Tags: , , , , , , , , , , , ,

Komentar:

Halaman

Kategori

Fath di