Saya Dah Berubah!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua pembaca setia di teratak Fathuallah.com. Saya doakan semoga anda semua sentiasa bertenaga dan luar biasa menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan yang mulia ini. ;)

Saya dah berubah!

Suatu ketika dahulu saya adalah seorang kaki lepak. Maklumlah darah muda, sekarang lebih muda lagi kot.hee.:P

Saya amat membenci golongan yang boleh dikatakan ulat buku. Tak kiralah mereka baca buku teks, novel mahupun komik. Apalah yang mereka syok sangat mengadap buku setiap masa.

Baik main futsal pastu lepak kat mamak borak sampai subuh pun tak de hal lah dari mengadap buku yang tak tahu bila nak habis dibaca. Kalau suruh saya baca buku? tak sampai 10 minit confirm terus lentok. Biasanya buku teks lah sebab saya malas belajar. :P

Satu hari saya terpaksa menunggu seseorang di sebuah shopping mall lebih kurang 1 jam. Nak tunggu dia datang lambat lagi, jadi saya ronda-ronda dan tiba-tiba kaki saya terhenti di depan MPH. Dalam hati saya berteka-teki, nak masuk ke tidak? Masuk je lah!

Bila dah masuk, tak ramai yang ada di MPH waktu pagi. Jadi saya terus menghala ke ruangan majalah. Biasanya majalah bola lah yang saya baca. Dah boring baca majalah, saya terpandang satu buku yang bertajuk Rich Dad Poor Dad. Tanpa berlengah saya mengambilnya dan membukanya perlahan-lahan.

Sehelai demi sehelai saya baca dan hati saya mula jatuh cinta dengan buku tersebut lantas membelinya. Saya dah lupa yang saya dah langgar pantang larang saya sendiri. Dah terkena atas batang hidung sendiri dah.

Saya sudah jatuh cinta dengan membaca!

Oh! tidak, apa sudah jadi! Saya dah berubah!

Hari ini, saya dah terjebak dalam dunia penulisan blog. Lihat sahaja diwww.Fathuallah.com, macam-macam ada. Tak cukup dengan itu, saya dalam proses menanti keluaran buku pertama saya. Insyaallah akan berada di pasaran kelak.

p/s:Beruntung saya sebab membenci orang yang suka membaca, sekarang sudah terkena batang hidung sendiri. Ada ke yang senasib dengan saya? ;)

Fast Action Target Hit = FATH

Related Post

Fath - Fast Action Expert
Update Terus Menerusi E-mel
  • Pingback: Saya Dah Serik! – Mohd Fathuallah

  • Shahrulrizal

    Dahulu masa zaman sekolah, antara saya dengan kawan-kawan, sayalah yang paling pendiam dan tak banyak bercakap.. Tapi sekarang saya sudah berubah menjadi orang yang boleh bercakap, memotivasikan orang, nasihat, memberi pendapat dan sebagainya… . Saya boleh dijadikan contoh terbaik di kalangan pelatih pemasaran di tempat yang saya belajar masa tu. Saya percaya dengan kuasa pemasaran. Sebenarnya bukan perkhidmatan atau produk yang kita jual adalah menjadi  kepercayaan pengguna untuk membeli. Sikap kita yang jujur, ikhlas dan mulia adalah yang terbaik untuk memberi keyakinan yang tinggi untuk pelanggan menerima dan membeli perkhidmatan atau produk yang kita jual. Ungkapan yang masih saya ingat lagi dari Mentor saya Mr Eric ” Sell your self before U sell your produk.”

  • http://www.hadirofiee.com Hadi Rofiee

    Darah muda yang suka melepak di kedai mamak bersama dengan rakan-rakan sambil menonton bola sepak masih lagi mengalir di dalam diri saya. i’Allah saya sedang di dalam usaha untuk berhenti. :-)

    Saya juga minat membaca kerana ada kepuasannya yang tersendiri.

  • Pingback: Ada Apa Dengan Tahun 2012 Yang Semua Orang Tak Tahu? – Mohd Fathuallah

Halaman

Kategori

Fath di

Hubungi

.