Nadi Sebenar Di Sebalik Kejayaan Insan-Insan Hebat!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua pembaca setia Fathuallah.com. Fath sentiasa doakan kejayaan dan kekayaan yang hakiki buat anda semua yang berterusan menyokong Fath selama ini. Terima kasih Fath ucapkan kepada anda.

pick one for you and please use it wisely ya :)

 

Kalaulah website ni dapat jadi seperti rumahkan best, dapat ajak you all singgah minum ngan Fath hari-hari. Namun apakan daya, dapat bersua secara perutusan blog ni pun jadilah ya. ;)

 

Nadi Di Sebalik Kejayaan Insan-Insan Hebat!

 

Baiklah, kali ini topik yang Fath nak berkongsi dan share dengan anda sesuatu yang selama ini menjadi nadi di sebalik pencapaian insan-insan hebat yang ada pada masa kini. Sebelum itu, mari kita ambil contoh ringkas siapa tidak kenal Donald Trump. Hampir kesemua buku yang Fath baca hasil tulisan beliau, hanya satu perkara sahaja yang benar-benar beliau terangkan berulang kali. Nak tahu tak apa dia?

Percaya atau tidak, Donald Trump akan menyatakan dalam keseluruh buku yang ditulisnya mengenai Passion dalam bahasa omputihnya manakala perasaan yang berkobar-kobar dalam bahasa jawanya. ;) Beliau tidak pernah jemu dan bosan mengulanginya walau berkali-kali. Apa sahaja yang kita ingin mulakan, mulai dengan Passion.

Donald Trump akan menyatakan dalam keseluruh buku yang ditulisnya mengenai Passion.

Passion Penentu Kejayaan Setiap Insan

Bayangkan, hanya semudah Passion sahaja beliau kini sudah mempunyai empayar perniagaan khasnya dalam property yang begitu luas dan boleh dibanggakan. Seperti mana rancangan Apprentice, pada awalnya Donald Trump langsung tidak mempunyai pengalaman hatta pada ketika beliau terjun dalam dunia penyiaran yang mana banyak siaran yang mengalami kerugian yang teruk. Namun dengan berbekalkan Passion yang tinggi, beliau teruskan jua. Nah, lihatlah apakah kesan dan penangan Passion beliau. Apprentice menjadi bualan seluruh dunia dan pada masa yang sama beliau meneguhkan lagi kredibiliti TRUMP.

Donald Trump telah buktikan hanya dengan Passion, beliau mampu membina empayar yang cukup utuh dan luas. Beliau juga pernah terduduk pada satu ketika dek masalah kewangan yang teruk. Namun beliau bangkit kembali berbekalkan Passion yang beliau bina selama ini. Jika beliau tidak mempunyai Passion yang tinggi, adakah beliau akan meneruskan apa yang beliau lakukan selama ini? Beliau telah buktikannya!

Mula Bertindak Mulai Sekarang!

Untuk permulaan kepada apa sahaja Passion anda, Fath ingin menyeru semua terutamanya insan yang bernama Fathuallah.hi hi :D Jom kita mulakan sesuatu perubahan itu secara drastik. Drastik di sini bukan bermakna kita terus ke pejabat jam 2 pagi. Perubahan yang Fath maksudkan adalah, kita mulakan ianya dari rumah lagi. Ambil contoh ringkas, mak ataupun isteri kita( macamlah dah ade wife ;) ) menyediakan makanan yang lazat-lazat dan bersusah payah menyediakannya sedari awal. Kalau sebelum ni kita hanya tahu makan dan biarkan pinggan dan gelas di atas meja, apa kata kali ini kita terus berubah dengan mengangkatnya dan terus saje basuh. Mudahkan?

Mulakan dari sekarang dalam apa jua perkara yang ingin kita lakukan. Don’t wait until tomorrow what you can do it today.

Don’t wait until tomorrow what you can do it today.

Itu sahaja perkongsian daripada Fath entry kali ini. Lain masa Fath share lagi. Hopefully you all berpuas hati dengan apa yang Fath kongsikan. Semoga ianya bermanfaat, isteripun makin sayang ;)

Fast Action Target Hit = FATH

Mohd Fathuallah
Tags: , ,

Komentar:

Halaman

Kategori

Fath di