Nak Hidup Biasa-Biasa Atau Luar Biasa?
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada pembaca setia di teratak Fathuallah.com. Saya sentiasa doakan semoga anda semua berjaya, kaya dan bahagia. ![]()
Kisah Orang Yang Berjaya
Apa perasaan anda bila terbaca kisah-kisah kejayaan orang lain? Apa pula perasaan anda bilamana ternampak rakan sewaktu anda belajar bersama-sama suatu ketika dahulu keluar di kaca televisyen sebagai seorang tetamu jemputan untuk berkongsi rahsia kejayaan beliau?
Itu belum cukup mencabar jiwa dan raga anda, ya dak? ![]()
Macam-mana pula orang yang berada dalam temuramah itu adalah seorang yang agak terkebelakang sewaktu di bangku sekolah. Dah la kaki bangku dalam bidang sukan, tiap kali peperiksaan pun pasti nama anda berada paling atas daripada beliau sebagai seorang yang nampak lebih berjaya pada ketika itu.
Anda seringkali menghabiskan waktu belajar dengan membaca buku dan kurang bergaul maklumlah nak jaga imej seorang pelajar cemerlang katakan. Beliau pula seorang yang suka menghabiskan masa dengan bermain dan bergaul sana-sini. Boleh dikatakan beliau tidak punyai masa depan yang cerah. ![]()
Jika dikira jumlah kehadiran, anda tidak akan pernah mengalah dengan 100% kehadiran penuh. Beliau dah la bukan seorang yang cerdik pandai, asyik ponteng aje kerjanya. Dalam kelas selalu main-main dan menjadi buruan cikgu-cikgu dan juga para pensyarah.
Segala-galanya dilihat seperti tidak kena bila anda menjengah ke dunia sebenar. Anda merasakan apa yang anda berikan adalah sehabis baik dan mengharapkan yang terbaik bila berada di luar alam belajar. Namun insan yang tidak seberapa ini yang dahulunya langsung tidak diberikan pengharapan sudah berada jauh di hadapan anda dalam pencapaian hidupnya.
Anda masih belum lagi terlambat untuk mencapai seperti apa yang rakan anda capai itu tadi. Persoalannya mengapa mereka lebih senang untuk berjaya dalam dunia sebenar berbanding alam belajar? ![]()
Hidup Mereka Yang Luar Biasa!
Hakikatnya adalah insan yang seringkali menemui kegagalan dalam hidupnya dan tidak pernah menyerah kalah adalah insan yang hidupnya sentiasa bermotivasi tinggi. Dek kerana sering gagal dalam dunia belajar mahupun kehidupan, mereka mempunyai satu prinsip yang dianggap remeh namun mempunyai nilai yang amat tinggi. Apakah prinsip tersebut?
Prinsip yang mereka pegang adalah berani gagal!
Bagi mereka yang sering diselimuti dengan kejayaan, amat tinggi dan menebal perasaan mereka untuk menerima hakikat sebuah kegagalan. Jika anda masih lagi berkira-kira untuk bertindak, anda belum lagi bersedia untuk menerima kenyataan sebuah kegagalan.
Bagi mereka yang sering diselimuti dengan kejayaan, amat tinggi dan menebal perasaan mereka untuk menerima hakikat sebuah kegagalan.
Maklumlah, orang yang gagal akan dipandang rendah dan langsung tidak mempunyai peluang untuk bangkit dan menggapai sebuah kejayaan. Anda tidak mahu tergolong dalam kelompok orang-orang yang gagal, ya dak? ![]()
Saya yakin dan pasti, anda mempunyai satu plan yang hebat dan sempurna dipandang mata, namun dek kerana ketakutan dan tahap kerisauan yang menebal, anda simpan sahaja plan itu dan dibiarkan sempurna di atas kertas tanpa berani untuk bertindak dan menghadapi kegagalan di setiap langkah yang ingin diambil.
Sampai bila pun anda tidak akan mampu menggapai impian anda itu. Kita tidak akan menyesal sekiranya kita bertindak atas setiap plan yang kita rencanakan dan menemui jalan buntu. Kita hanya akan menyesal sekiranya kita gagal untuk bertindak menjayakannya.
Plan akan mengalami proses untuk disempurnakan dengan tindakan, ianya tidak akan 100% sempurna dalam sekelip mata. Proses tersebut akan mematangkan kita dan mengajar kita 1001 erti pengorbanan serta pahit-manis perjalanan menujunya.
Percayalah, anda sebenarnya tidak perlu untuk membandingkan kejayaan anda dengan insan lain. Contoh yang saya berikan di atas adalah semata-mata ingin membuka minda kita semua supaya kembali sedar akan kebolehan kita yang sebenar. Jika kita masih lagi sama sepertimana kita 10 tahun yang dulu, anda perlu lakukan sesuatu yang luar biasa.
Nak hidup biasa-biasa? Anda hanya perlu selesa berada dalam zon yang tiada cabaran dan dugaan. Perlu diingat, semua yang berada dalam zon ini biasanya akan menghadapi banyak masalah. Masalah utama adalah mereka tidak punyai hala tuju dalam hidupnya.
Bila tiada hala tuju dalam hidup, kita akan cepat bosan dan hanya menanti untuk sesuatu perkara berlaku dan mengikut arus.
Bagi insan yang hidupnya luar biasa, mereka penuh dengan plan dan tindakan yang hebat. Setiap detik mereka isi dengan sesuatu yang bermanfaat bukan untuk kesenangan sementara, mereka akan tumpukan kepada kesenangan masa depan. Gerak-geri mereka sentiasa mengalami proses pembelajaran seumur hidup.
Mereka langsung tidak gentar dianggap seorang yang tewas kerana meraka sentiasa yakin dan pasti kejayaan menanti mereka di hari muka. Cakap-cakap belakang langsung tidak menganggu-gugat tekad mereka. Mereka tetap gagah dan berani gagal!
Fast Action Target Hit = FATH
Related Post
- Ubah Matlamat Sebelum Terlambat
- Bagaimana Mengekalkan Motivasi Untuk Berjaya
- Buat Salah Dan Terima Sebagai Pengalaman
- Rahsia Di Sebalik Kegagalan




Pingback: Apa Yang Bermain Dalam Minda Usahawan Berjaya? – Mohd Fathuallah
Pingback: Cara Hidup Orang Kaya Yang Sebenar Terbongkar! – Mohd Fathuallah
Pingback: Bagaimana Menjadi Usahawan Berjaya, Kaya dan Bahagia – Part 2 – Mohd Fathuallah
Pingback: Ke Mana Perginya Bonus Duit Raya @ Untung Berniaga? – Mohd Fathuallah
Pingback: Apa Yang Penting? Kerjasama! – Mohd Fathuallah