Kita Perlukan Mereka Yang Berjaya Untuk Menjadi Lebih Berjaya!
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua pembaca setia di teratak Fathuallah.com. Semoga anda semua berjaya, kaya dan bahagia! ![]()
Alhamdulillah, setelah berbulan-bulan lamanya teratak saya ini sunyi-sepi tanpa khabar yang hebat. Kini saya perlu bersihkan segala habuk dan debu yang menyelubunginya.
Saya amat bertuah dan beruntung kerana impian saya untuk menjadi penulis buku menjadi kenyataan walaupun mencapainya pada usia suku abad! ![]()
Kali ini saya ingin kongsikan apakah yang diperlukan untuk anda menjadi lebih berjaya. Saya yakin anda semua yang membaca perkongsian saya hari ini sudah berada pada tahap dan landasan terbaik mencapai kejayaan, tidak salah kiranya saya ingin melihat dan membantu anda semua untuk lebih dan lebih berjaya, betul kan?
Apakah aspek ataupun sudut fikiran yang membantu anda berada dalam kelompok yang berjaya?
Saya tidak punyai pendidikan formal untuk menghuraikan topik ini menurut teori-teori yang tertentu. Apa yang saya ada cuma pendidikan jalanan yang banyak membantu meningkatkan kualiti networking yang dibina selama ini.
Hanya satu sahaja pesanan dan petua yang ingin saya kongsikan bagaimana kita boleh berada dalam kelompok yang berjaya ini iaitu bina minda kejayaan dari sekarang!
Nampak mudah kan? Ya, memang mudah akan tetapi ianya perlukan daya tahan yang tinggi dan pelaburan yang besar. Pelaburan yang sama maksudkan adalah pelaburan terhadap minda anda. ![]()
Golongan yang berjaya jarang sekali ingin berada dalam kelompok yang berfikiran biasa-biasa.
- Jika anda adalah seorang yang berfikiran biasa-biasa, cuba lihat sekarang siapa kawan-kawan anda?
- Jika anda adalah seorang yang berfikiran positif dan hebat, cuba lihat siapa pula kelompok kenalan anda semua, pasti mereka yang hebat-hebat belaka, betul kan?
Renungkanlah, jika anda ingin lebih berjaya maka berusahalah untuk membina minda kejayaan dari sekarang!
Bagaimana nak membinanya?
Antara yang saya sering amalkan adalah dengan mengeluarkan sejumlah wang untuk membeli buku-buku serta menyertai seminar yang bersangkut-paut dengan minat saya. Saya sanggup mengeluarkan sejumlah wang untuk mendapatkan ilmu dan berada disekeliling mereka yang sudah pun berjaya. ![]()
Alhamdulillah, pelaburan yang saya keluarkan kini sudah membuahkan hasilnya. Jika saya tidak bertindak sedari awal, pasti kelompok kenalan saya juga berada dalam zon selesa dan berfikiran biasa-biasa.
Fast Action Target Hit = FATH
Related Post
- Apa Yang Penting? Kerjasama!
- Bagaimana Menjadi Usahawan Berjaya, Kaya dan Bahagia – Part 3
- Saya Dah Berubah!



Pingback: Anda Sanggup Bergelumang Dengan Kotor? – Mohd Fathuallah
Pingback: 3 Cara Buat Duit Yang Tak Menggunakan Duit – Mohd Fathuallah
Pingback: Kenapa Yang Kaya Terus Kaya dan Yang Berjaya Terus Berjaya? – Mohd Fathuallah
Pingback: 4 Strategi Pemasaran Terkini Perniagaan Yang Mesti Dikuasai! – Mohd Fathuallah