Ilmu Pelaris!

Baiklah, kali ni Fath akan kongsikan satu ilmu ‘pelaris’ yang selalu digunakan. Dan memang berhasil serta ramai yang dah terkena buatan dek ilmu ‘pelaris’ yang Fath gunakan ni. ;)

Susah betul Fath nak cari ilmu ni. Dah bertahun-tahun Fath buat kajian dan analisa bagaimana untuk buat orang tertarik dengan kita dan bagi mereka yang terlibat dalam dunia Jualan, nescaya ianya amatlah diperlukan untuk melariskan Jualan.

Nak ke ilmu ‘pelaris’ ni?

Sebenarnya. . .tiada istilah ilmu ‘pelaris’ yang Fath gunakan. Hanya yang ada adalah dengan berlatih untuk mengukir sebuah senyuman yang membuatkan orang merasakan senyuman kita adalah semulajadi.

Bila anda senyum, tiada satu makhluk pun yang tidak gemar melihat sebuah senyuman. Ini adalah salah satu STRATEGI JUALAN yang terbaik dan diiktiraf seluruh dunia.

senyum sokmo ;)

Nak belajar untuk senyum?

Mudah sahaja. Lihatlah bagaimana anak-anak senyum, itulah senyuman yang paling ikhlas dan semulajadi serta menawan.

p/s: Jika amalan ini tidak memberikan sebarang hasil, senyuman anda tidak akan dikembalikan sama sekali kerana ianya adalah FREE! ;)

Fast Action Target Hit = FATH

Mohd Fathuallah
Tags: , , , , , , ,

Komentar:

Halaman

Kategori

Fath di