Anda Sanggup Bergelumang Dengan Kotor?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua pembaca setia di teratak Fathuallah.com. Saya doakan semoga anda semua berada dalam keadaan berjaya, kaya dan bahagia. ;)

Terkejut ke dengan tajuk entri kali ni? :P

Jangan terkejut ya, saya nak share perkara simple yang mana ramai terlepas pandang.

Ramai yang bercita-cita tinggi nak berjaya. Bila ada sahaja kisah-kisah kejayaan yang didengari, pasti tergerak hati dan terbakar semangat untuk turut sama berjaya. Akan tetapi usaha yang diberikan biasanya akan kecundang dipertengahan jalan.

Mengapa perkara ini terjadi?

Konsepnya adalah kebanyakkan kita akan membuat sesuatu dek kerana ikut-ikutan dan langsung tidak menghiraukan satu elemen penting yang menjadi sumber kejayaan sebenar.

Apakah elemen tersebut?

Elemen tersebut adalah Matlamat. Ya, matlamat. Jika kita bertindak tanpa matlamat dan arah tuju, pasti kita tidak akan sampai ke kemuncak kejayaan.

Saya ambil contoh yang mudah. Semua pasti kenal apa itu Emas kan? Senang ke nak dapatkan emas ni? Melombong emas ni bukan kerja mudah bahkan perlukan pengorbanan yang besar. Akan tetapi para pelombong yakin dan pasti dipenghujung pencarian mereka adalah untuk mendapatkan EMAS. :)

Bayangkan perkataan melombong sahaja sudah cukup menggambarkan suatu keadaan yang kotor dan tidak selesa. Cuba kita tanya, adakah sebab ianya kotor dan tidak selesa menjadi sebab para pelombong tergila-gilakan kerja melombong ini? Pasti tidak sama sekali.

Mereka melombong sebab terpaksa melalui proses itu demi mencapai kilauan emas yang ada di dasarnya. Mereka terpaksa menghabiskan ratusan ribuan ringgit semata-mata mencari emas tersebut. Berapa banyak emas yang ada pun mereka tidak pasti. Yang mereka pasti adalah mereka yakin mereka akan memperoleh emas yang dicari-cari.

Begitu juga dengan apa yang kita inginkan. Jika kita tidak sanggup melalui proses yang tidak selesa dan mengotorkan yakni kegagalan di awalan, usah bercerita akan kejayaan apatah lagi melihat kilauan EMAS yakni kejayaan! :)

Fast Action Target Hit = FATH

Mohd Fathuallah
Tags: , , , , , , , , ,

Komentar:

Halaman

Kategori

Fath di