Top 20 Tips To Become Successful Businessman – Part 2
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua pembaca di teratak Fathuallah.com. Fath sentiasa doakan kejayaan dan kebahagiaan hakiki buat anda semua. ![]()
Insya Allah seperti yang dijanjikan sebelum ini, Fath akan teruskan lagi untuk berkongsi Part 2 bagaimana anda boleh jadi usahawan yang hebat dan terbilang! ![]()
Empat tips awal Fath telah kongsikan di entry yang lepas, jika anda masih belum mengikutinya lagi, bolehlah klik di sini!
Untuk tips yang seterusnya, Fath akan bongkarkan lagi 4 tips yang akan membantu anda menjadi lebih berjaya dan cemerlang dalam dunia business.
Tips #5. Leadership-oriented
No man will make a great leader who wants to do it all himself or get all the credit for doing it. – Andrew Carnegie
Leadership memainkan peranan penting dalam urusan business. Leadership yang terbaik adalah dengan memberikan sedikit ruang kepada subordinate untuk kreatif dan berkongsi idea mereka. Setelah mereka melakukannya secara bersama, nilai kejayaan juga diraikan bersama. ![]()
Tips #6. Optimistic
I’m completely optimistic – I know the end is coming! – Lydia Lunch
Mereka yang mempunyai matlamat yang jelas, tidak pernah gagal untuk terus mencuba. Mereka faham, yakin dan pasti setiap kejayaan itu sebenarnya adalah proses dan proses itu tadi sebenarnya memberi ruang kepada mereka untuk mempelajari kesilapan yang lepas. The best guru is experienced!
Tips #7. Determined
I determined never to stop until I had come to the end and achieved my purpose. – David Livingstone
Perjuangan dalam business bukanlah mempunyai satu siri sahaja, ia meliputi pelbagai aspek untuk dinilai. Siri-siri yang dilalui perlulah diiringi dengan menyedari apakah yang tersirat di sebalik peristiwa yang terjadi.
Jika anda sudah tahu apakah yang perlu dicapai, anda pasti tidak akan berganjak untuk terus memburu impian yang diimpikan selama ini.
Tips #8. Curious
I have no special talent. I am only passionately curious. – Albert Einstein
Sikap ingin tahu yang tinggi dan mendalam biasanya akan menambahkan lagi ciri-ciri anda menjadi usahawan yang berjaya. Sikap ini selalunya didorong untuk menerokai dunia baru serta menjana idea-idea baru.
Jangan berputus asa untuk mempelajari sesuatu yang baru dan bersiap-sedia dengan apa sahaja yang bakal berlaku. Setiap apa yang berlaku membantu anda menjadi insan yang lebih baik serta usahawan yang hebat!
Fast Action Target Hit = FATH



