Kenapa Yang Kaya Terus Kaya dan Yang Berjaya Terus Berjaya?
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua pembaca setia di teratak Fathuallah.com. Saya doakan semoga anda semua sentiasa berjaya, kaya dan bahagia. ![]()
Sebelum itu saya ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada yang menyambutnya dan Selamat Bercuti kepada yang sedang menikmati cuti disamping keluarga tercinta.
Anda mesti pernah dengar pepatah yang berbunyi, mereka yang kaya akan semakin kaya dan yang miskin akan semakin miskin kan? ![]()
Baiklah, saya terpanggil untuk berkongsi dengan anda semua dan mengupas serba sedikit akan perumpamaan ini agar anda semua tidak lagi keliru dan bimbang.
Anda Perlukan Mereka. . .
Saya yakin dan pasti setiap mereka yang ingin mencapai kejayaan dan kekayaan akan mempunyai jurulatih, idola ataupun mentor yang tersendiri, saya pun tidak terkecuali. ![]()
Bagi mereka yang tidak mempunyai mentor, idola mahupun jurulatih, saya penuh yakin impian anda agak kabur dan setiap pekerjaan yang anda lakukan akan menemui kebosanan di penghujungnya. Mana tidaknya, anda tidak punyai sesiapa yang ingin menegur setiap tindak-tanduk yang anda lakukan untuk menuju kejayaan.
Perkara ini saya telah kongsikan di dalam buku Rahsia Menambat Hati Pelanggan yakni Bab #3. Anda Perlukan Seorang Jurulatih.
Kegagalan tidak akan dapat lari daripada hidup seseorang, namun apabila kejayaan mula menjelma maka akan hadir lebih banyak kejayaan dan kekayaan berganda dengan satu syarat perkara yang bakal saya kongsikan ini diambil perhatian 100%! ! !
Jika anda perhatikan setiap individu yang berjaya dan kaya pada hari ini, setelah kisah kejayaan dan kekayaan mereka dibongkarkan maka secara tidak langsung ianya terus berpihak dalam hidup mereka buat satu jangka masa yang amat lama. Apakah rahsia yang membuatkan mereka mampu kekal berjaya dan dapat menggandakan kekayaan mereka? ![]()
Salah satu faktor kejayaan mereka adalah dengan menggembangkan skala kejayaan mereka pada kadar yang lebih besar!
Ya, dengan mengembangkan skala kejayaan mereka dengan lebih besar dan lebih hebat. Apa yang saya maksudkan skala kejayaan ini? ![]()
Saya ambil contoh ringkas, penulis buku yang terkenal yakni Robert Kyosaki pernah menceburi pelbagai bidang perniagaan sebelum berjaya menjadi seorang yang pakar dalam bidang hartanah!
Beliau pernah gagal dalam perniagaan wallet. Dengan berbekalkan ilmu kewangan yang dididik oleh Rich Dad dan modal yang berbaki, beliau terus menceburi bidang hartanah.
Jangan Cepat Hilang Fokus!
Setelah membuat pembelian rumah pertama dan disewakan, beliau bersusah-payah sehingga sanggup menginap di dalam kereta sendiri kerana beliau tahu rumah adalah aset yang berharga dan memberikan pulangan yang lumayan.
Adakah beliau terhenti di situ sahaja? Setelah berjaya membuat pembelian pertama dan rumah itu tadi disewakan, beliau teruskan langkah dengan membeli rumah yang kedua dan seterusnya.
Beliau menggembangkan skala kejayaan kepada yang lebih besar dengan membeli lebih banyak rumah dan disewakan.
Beliau langsung tidak tergugat untuk beralih kepada perkara lain sehinggakan beliau dijadikan seorang ikon hartanah dan dianggap seorang yang pakar.
Asalnya Robert Kyosaki seorang yang langsung tidak punyai harta dan setelah beliau mendapati bidang hartanah membuahkan hasil dan kejayaan yang hebat maka beliau berikan penekanan yang tinggi dan menambah skala kejayaan dengan lebih besar. Beliau akhirnya turut berada dalam kelompok yang kaya semakin kaya dan berjaya semakin berjaya.
Ingatlah, setelah kejayaan mula berpihak kepada anda jangan terlalu teruja untuk memulakan perniagaan yang lain dan jangan sampai yang dikendong berciciran dan yang dikejar melepas! ![]()
Fast Action Target Hit = FATH
Related Post
- 3 Cara Buat Duit Yang Tak Menggunakan Duit
- Kita Perlukan Mereka Yang Berjaya Untuk Menjadi Lebih Berjaya!
- Pelancaran Buku Rahsia Menambat Hati Pelanggan oleh Mohd Fathuallah

- esmeeniaga


